Wednesday, February 22, 2012

wujudkah hukum HUDUD di Malaysia?

Kalau kita tak buat salah, kenapa perlu banyak alasan untuk melaksanakannya atau paling kurang ada langkah yang bersungguh di peringkat permulaannya? Cuma masalahnya sekarang, terdapat beberapa halangan untuk melaksanakannya. Antaranya ialah :

  • NEGERI KELANTAN tidak boleh laksanakan hudud di Kelantan kerana bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid (Perlembagaan Malaysia). Jikalau Kelantan mulakan hudud tanpa persetujuan kerajaan pusat, pihak kerajaan pusat akan mengambil tindakan tindakan daripada segi perlembagaan.
  • Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang undang-undang negeri yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri itu adalah terbatal setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu.
  • “Di atas kertas”, kami melihat sukar nak laksanakan hukum hudud di Malaysia kerana Malaysia menggunapakai sistem demokrasi berparlimen. Sebagai pindaan perlembagaan bagi akta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen. Ahli parlimen Islam yang ada sekarang hanyalah 132 orang yang mana ia memerlukan 16 lagi ahli parlimen yang bukan beragama Islam untuk mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen. Kalau ikut rasionalnya, agak sukar orang bukan Islam untuk bersetuju. Sedangkan yang beragama Islam ada juga yang tak bersetuju, inikan pula orang kafir?
  • Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.

Bezanya di sini terdapat 2 kelompok :

  • Setuju dengan hukum Allah ini tetapi mengatakan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilaksanakan kerana katanya tidak sesuai
  • Setuju dengan hukum Allah ini tetapi dalam pada masa yang sama ada kongsikan bagaimana nak menuju ke arah pelaksanaan hudud di Malaysia

Seperti yang Dr. Maza katakan yang mana pelaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak akan relevan selagi Malaysia mengamalkan ‘demokrasi sekular’. Malaysia bukan ‘negara Islam’. Malaysia negara Komanwel. Menggunakan ‘common law’ (bukan syariah/al-Quran) sebagai asas pembentukan perlembagaan persekutuan. Memandangkan umat Islam di Malaysia adalah majoriti (60.4%), Islam dijadikan agama rasmi. Perlaksanaan syariah hanya untuk permasalahan keluarga, kemasyarakatan, isu-isu yang melibatkan umat Islam dan sebagainya. Selain itu, ikut undang sivil.

Kedudukan Mahkamah-mahkamah di Malaysia adalah seperti berikut :

  • Mahkamah Persekutuan (paling tinggi)
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi
  • Mahkamah Syariah (untuk umat Islam sahaja)

Hudud itu amat indah, penuh pengampunan, penuh pilihan dan melangkau zaman. Non-muslim tak perlu risau, sbb hudud tak wajib kpd mereka melainkan terlalu ”jahat”. Itupun bergantung kepada hakim dan tak ada syubhah. Hukum Hudud lebih banyak dan lebih canggih berbanding hukum sivil. Dah lebih 1,000 tahun dulu dah dikembangkan dan dibincangkan secara intensif.

No comments: